Salam buat peminat badminton terutamnya adik-adik di sekolah rendah! Tahukah adik-adik tentang APSSO? APSSO adalah singkatan dari Asean Primary School Sports Olympiad. Ia merupakan acara sukan tertinggi selepas MSSM. APPSO adalah satu program sukan di bawah kelolaan KPM dengan menteri-menteri pendidikan di negara ASEAN.
Pada tahun 2011, penulis telah berpeluang menjadi salah seorang jurulatih badminton APSSO kali ke 5 bagi pasukan Malaysia yang diadakan di Jogjakarta, Indonesia pada 8-13/10/2011.
Malaysia telah menghantar 5 jenis sukan selain badminton iaitu bola sepak, pingpong, catur & olahraga. Dalam acara badminton,Malaysia telah mendapat 2 emas dan 2 gangsa. Pingat-pingat emas disumbangkan oleh adik Muhd Nur Idil Adha (Selangor) acara perseorangan lelaki dan bergu perempuan oleh Goh Jin Wei (P. Pinang) & Ng Qi Xuan (Ng. Sembilan). Pada keseluruhannya Malaysia mendapat tempat ke-2.